App search

Demi Masa: Waktu Solat & Azan

com.pintaz.demimasa
100+
installs · ≈195
—
0 ratings
2026-09-05
first release
2026-09-05
last update

Description

Prayer times from JAKIM e-Solat. Full Azan. No ads, no tracking.

Demi Masa memaparkan waktu solat harian terus daripada takwim rasmi JAKIM e-Solat, mengikut zon yang anda pilih sendiri. Aplikasi ini tidak mengira sendiri sebarang waktu solat — apa yang JAKIM terbitkan, itulah yang anda lihat, minit demi minit. AZAN YANG BETUL-BETUL BERBUNYI Bila masuk waktu, telefon anda berbunyi azan penuh dan skrin azan terpapar, walaupun aplikasi ditutup dan skrin sedang padam. Azan dibiarkan habis sepenuhnya — aplikasi tidak memotongnya di tengah jalan. Ada butang "Henti" jika anda perlu menghentikannya sendiri. Anda boleh pilih untuk setiap waktu: azan penuh, notifikasi sahaja, atau tutup terus. Subuh menggunakan lafaz azan Subuh yang betul. TIADA IKLAN. TIADA PENJEJAKAN. Tiada iklan langsung. Tiada SDK analitik. Tiada akaun, tiada log masuk. Aplikasi ini tidak meminta kebenaran lokasi — anda pilih zon secara manual daripada senarai rasmi. Tiada data anda dihantar ke mana-mana. MUDAH DIBACA ORANG TUA Jam besar, waktu seterusnya dipaparkan besar, teks tebal dan kontras tinggi. Tiada menu berlapis, tiada bendera, tiada mata ganjaran, tiada "streak". Buka aplikasi, terus nampak waktu. BERFUNGSI TANPA INTERNET Takwim sebulan dimuat turun sekali dan disimpan dalam telefon. Selepas itu waktu solat dan azan tetap berjalan walaupun tiada talian. CIRI-CIRI • Waktu solat rasmi JAKIM e-Solat untuk semua zon di Malaysia • Imsak, Subuh, Syuruk, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak • Azan penuh melalui penggera tepat (exact alarm), bukan notifikasi biasa • Skrin azan penuh masa masuk waktu • Pilihan bunyi berasingan untuk setiap waktu • Format 12 jam (AM/PM) atau 24 jam • Berfungsi luar talian selepas takwim dimuat turun • Penggera dipasang semula secara automatik selepas telefon dihidupkan PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU (JUJUR) Sesetengah telefon (Xiaomi, Oppo, vivo, Huawei dan beberapa jenama lain) menahan aplikasi latar belakang untuk menjimatkan bateri. Jika azan tidak berbunyi, buka Mengenai → "Azan tidak berbunyi?" untuk cara membetulkannya. Sila benarkan "penggera tepat". Waktu solat adalah terbitan JAKIM. Demi Masa hanya memaparkannya dan membunyikan azan; ia bukan aplikasi rasmi JAKIM dan tidak berkaitan dengan JAKIM. KREDIT AUDIO Azan: "Athan" oleh Ahmed Khalaf, dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 (CC BY 4.0). Tahap bunyi dilaraskan untuk kegunaan sebagai penggera. Sumber waktu solat: JAKIM e-Solat. Dibina di Melaka oleh PINTAZ TECHNOLOGIES.

What's new

Keluaran pertama. • Waktu solat rasmi JAKIM e-Solat untuk semua zon • Azan penuh masa masuk waktu, walaupun skrin padam • Format 12 jam atau 24 jam • Tiada iklan, tiada penjejakan, tiada kebenaran lokasi

Details

Version1.0.0
Minimum Android version7.0
Reviews0
Developer websitepintaz.my
Available inworldwide (242)
Developer contactson the Business plan
Collected2026-11-18

This data in the API

The full record in JSON costs 1 token.

curl -H "X-API-Key: YOUR_KEY" \
  "https://apkapi.com/api/v1/app?id=com.pintaz.demimasa"