Descrição
BM maps & road guides: toll prices, EV charging, surau, R&R. Free, no ads.
Navigasi ialah aplikasi peta dan panduan jalan untuk rakyat Malaysia, dengan arahan suara dalam Bahasa Melayu. Percuma, tanpa iklan dan tanpa akaun. Projek komuniti sumber terbuka oleh Techsamana.
Penafian: Navigasi bukan aplikasi rasmi kerajaan. Ia tidak mewakili, tidak bergabung dengan dan tidak disahkan oleh mana-mana kerajaan atau agensi kerajaan. Sebahagian maklumat diambil daripada sumber kerajaan yang tersenarai di bawah. Sila rujuk sumber asal untuk maklumat rasmi.
Tahu harga tol sebelum bertolak
Setiap pilihan laluan memaparkan anggaran tol berdasarkan kadar Lembaga Lebuhraya Malaysia (sumber: https://www.llm.gov.my). Tukar ke laluan tanpa tol dengan sekali tekan.
Arahan jelas semasa memandu
Arahan suara dan papan tanda di skrin dalam Bahasa Melayu, jarak ke simpang, lorong yang perlu diikut, nombor susur keluar bulatan, dan arahan seterusnya. Laluan dikira semula secara automatik jika anda tersasar.
Singgah tanpa lencong jauh
Cari stesen minyak, pengecas EV, surau, R&R, makan atau ATM di sepanjang laluan. Setiap pilihan ditunjukkan di peta berserta masa tambahan, jadi anda boleh memilih yang paling sesuai tanpa berhenti.
Kenal jenama sekilas pandang
Stesen minyak (Petronas, Shell, Petron, BHPetrol, Caltex), rangkaian pengecas EV (Gentari, JomCharge, ChargeSini, chargEV, Shell Recharge, Tesla) dan bank ditanda dengan warna masing-masing. Lebih 700 stesen cas seluruh Malaysia dengan kuasa kW dan bilangan palam.
Waktu solat & surau
Waktu solat ikut zon lokasi berdasarkan data JAKIM (sumber: https://www.e-solat.gov.my), makluman jika waktu masuk semasa perjalanan, dan masjid atau surau di sepanjang laluan.
Laporan jalan oleh pemandu
Lapor jem, kemalangan, jalan berlubang, banjir, jalan ditutup atau kenderaan rosak. Pemandu lain diberi amaran suara sebelum sampai. Laporan disimpan tanpa nama dan luput sendiri.
Masa tiba ikut trafik
Anggaran masa mengambil kira waktu puncak, kelajuan pemandu lain dalam 15 minit terakhir dan kedudukan bas awam (sumber: https://data.gov.my). Bahagian laluan yang sesak diwarnakan, dan laluan terpantas dipilih mengikut keadaan jalan sebenar.
Kualiti udara
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semasa dari stesen Jabatan Alam Sekitar berdekatan dan di destinasi (sumber: https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main).
Privasi diutamakan
Tiada akaun, tiada iklan, tiada alat analitik. Trafik dikongsi tanpa nama dan boleh dimatikan. Destinasi terkini, Rumah dan Pejabat disimpan dalam telefon anda sahaja.
Sumber maklumat kerajaan
Maklumat berikut diambil daripada sumber kerajaan. Sahkan maklumat rasmi di laman asal:
- Kadar tol: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), https://www.llm.gov.my
- Waktu solat: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), e-Solat, https://www.e-solat.gov.my
- Indeks Pencemar Udara: Jabatan Alam Sekitar (JAS), APIMS, https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main
- Kedudukan bas langsung Rapid KL, MRT feeder, Rapid Penang dan BAS.MY: data.gov.my, https://data.gov.my (lesen CC BY 4.0)
Sumber lain
Data peta © penyumbang OpenStreetMap. Data stesen cas dari Open Charge Map. Waktu solat dicapai melalui projek komuniti waktusolat.app.
Dasar privasi: https://navigasi.techsamana.my/privasi
Mostrar tudo Novidades Keluaran pertama Navigasi: peta dan panduan jalan dengan arahan suara Bahasa Melayu, anggaran harga tol, cas EV, stesen minyak, surau dan R&R di sepanjang laluan. Percuma, tanpa iklan.